image281929.jpg

Puteri Balqis sakit jantung: Anuar Zain mohon doa peminat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEMINGGU lalu difahamkan pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis Azizi menghidap penyakit masalah jantung.

Memetik laporan menerusi media berlainan, ibu pelakon, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan anaknya terpaksa keluar masuk hospital sejak awal tahun lalu.

Puteri Balqis yang lebih mesra disapa Aqish, 11, disahkan menghidap masalah jantung selepas melalui siri pemeriksaan menyeluruh, Disember lalu.

“Kami perasaan keadaan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian menunjukkan begitu.

“Sejak awal tahun hospital sudah seperti rumah kedua kami berikutan Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya.

“Lebih teruk Bila dia pengsan dan muntah hampir setiap hari,” kata ibunya luluh memandang keadaan Aqish.

Terbaru, menerusi media sosial penyanyi terkenal, Anuar Zain, mengajak orang ramai mendoakan kesihatan bintang cilik ini sembuh seperti sedia kala.

“Kepada semua teman-teman IG dan FB, mohon doakan kesihatan Puteri Balqis supaya cepat sembuh dan dapat terus mewarnakan industri seni Malaysia dengan lakonan hebatnya.

“Semoga doa kita semua di bulan yang mulia ini dimakbulkan Allah Swt. Such a talented girl! Stay strong and get well soon Puteri Balqis. Terima Kasih semua atas doa anda,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaru, Aqish dilaporkan beransur sembuh menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Puteri Balqis sakit jantung: Anuar Zain mohon doa peminat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *