Mohammed_Abdulrahman3j.transformed.jpg

Qatar berhadapan lebih banyak sekatan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DUBAI: Qatar mungkin dikenakan lebih banyak sekatan selepas tempoh penerimaan tuntutan negara Teluk, tamat tengah malam tadi.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, berkata tuntutan itu sengaja dijadikan seolah-olah ia Tak boleh dipenuhi sambil menambah, tujuannya bukan untuk menangani keganasan tetapi mengehadkan kedaulatan negara itu.

MENTERI Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani. – Foto Reuters

Agensi berita kerajaan Qatar, QNA melaporkan ia akan memaklumkan tindak balas Doha kepada pemerintah Kuwait, sebuah negara Teluk neutral dalam krisis itu, menjelang hari ini.

Sheikh Mohammed sebelum ini memaklumkan pemberita di Rome bahawa Doha sentiasa bersedia untuk membincangkan kekecewaan negara jiran Arabnya.

“Senarai tuntutan ini dibuat supaya ditolak. Ia bukan untuk diterima atau boleh dirundungkan.

“Secara prinsip, Qatar menolak tuntutan ini dan kami bersedia untuk berdialog dengan syarat ia dalam suasana sesuai untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Beliau menambah, tiada negara berhak mengeluarkan tuntutan mutlak kepada negara berdaulat lain.

Krisis itu tercetus bulan lalu, selepas Arab Saudi bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta perjalanan dengan Qatar.

Mereka menuduh Doha menyokong keganasan dan menjadi sekutu musuh serantau Iran, namun Qatar menafikan tuduhan itu. – REUTERS

Qatar berhadapan lebih banyak sekatan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *