capture-20180718-091340-horz.jpg

Qi Razali Dah Merisik, Rancang Bertunang Tahun Ini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Setelah dua tahun menjalin hubungan cinta, pengacara dan pemuzik popular Qi Razali, 41, merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nia Atasha Rosli, 22.

Memetik laporan Kosmo! Qi berkata keluarganya telah pun menghantar rombongan merisik dan jika tiada aral mereka akan melangsungkan pertunangan pada tahun ini.

“Memang ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Saya pun bukannya muda lagi, teringin juga ada anak sendiri.

“Kami telah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Keluarga saya juga telah menghantar rombongan merisik dan jika ada rezeki kami akan mulakan dengan majlis pertunangan pada tahun ini.

“Doakan yang terbaik buat kami berdua,” katanya.

Qi Razali Dah Merisik, Rancang Bertunang Tahun Ini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *