teniss20.transformed.jpg

"Saya Tennys, pemain tenis dari Tennessee"

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MELBOURNE: Pemain tenis kurang dikenali dari Amerika Syarikat, Tennys Sandgren berjaya mengharungi sesi sidang media selepas kemenangan terbesar sepanjang kariernya Bila terpaksa berdepan soalan yang sukar dielakkannya.

“Apakah kisah terbaik di sebalik nama pertama anda?” dia diajukan soalan sedemikian selepas berjaya menumbangkan juara Terbuka Australia, Stan Wawrinka dalam straight set Melbourne Park malam tadi.

“Semuanya hampir sama. Ia kedengaran seperti, siapa nama anda? Tennys. Ya, anda bermain tenis, bola tenis, perkara seperti itu,” katanya mengenai namanya yang disebut ‘tennis’.

“Ya, ia juga hebat,” katanya.

“Tetapi tidakkah anda mahu bercakap mengenai perkara lain pada ketika ini?”

TENNYS Sandgren menewaskan juara Terbuka Australia, Stan Wawrinka dalam straight set Melbourne Park malam tadi. – Foto REUTERS

“Biasanya saya Tak menggunakan nama saya Bila memesan sandwic atau kopi. Saya katakan ‘David’ atau seumpamanya,” katanya selepas menewaskan juara Grand Slam tiga kali itu.

“Saya Tak mahu melayan kisah mengenai nama saya ketika mendapatkan kopi terutama sekali pada waktu pagi. Saya mahu menikmati kafeina,” katanya selepas menang 6-2, 6-1, 6-4 pada pusingan kedua.

Bukan saja gurauan mengenai tenis, dia juga berasal dari Tennessee.

“Ia begitu sesuai,” katanya.

“Itu nama moyang saya. Anda tahu, saya perlu sekurang-kurangnya cemerlang dalam sukan ini. Saya Tak boleh menjadi teruk, saya rasa saya berjaya melakukannya.” – AFP

"Saya Tennys, pemain tenis dari Tennessee"

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *