nurRABECCA_ISLAM.transformed.jpg

Rabecca Nur Al Islam belum bersara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Rabecca Nur Al Islam

KUALA LUMPUR: Kesibukan menguruskan rumah tangga, selain perniagaan atas talian membuatkan penerbit dan produser mengandaikan pelakon, Rabecca Nur Al Islam sudah meninggalkan bidang seni.

Rabecca yang menimang cahaya mata keempat, Nor Aliff Alraffael, lebih sebulan lalu berkata, dirinya Tak pernah bersara malah masih berminat meneruskan kerjaya lakonan yang sudah sedekad diceburinya.

“Saya Tak pernah bersara daripada lakonan, cuma mungkin penggiat seni yang melupakan saya. Selama ini, saya agak sibuk menguruskan rumah tangga, tambahan pula anak masih kecil membuatkan fokus lebih terarah kepada membesarkan mereka.

“Pada masa sama, saya juga menjalankan perniagaan atas talian. Mungkin disebabkan itu, ada penerbit dan pengarah yang menyangka saya Tak lagi minat berlakon,” katanya.

Rabecca berkata, kali terakhir dirinya berlakon sekitar tiga tahun lalu. Sejak itu, anak kelahiran Johor Bahru itu terpaksa memperlahankan kerjaya seninya kerana enggan berjauhan dengan anaknya.

“Bukan langsung tiada tawaran, tetapi kebanyakannya memerlukan saya bekerja di luar Kuala Lumpur dan berjauhan dengan anak. Itu yang menyebabkan hati saya berbelah bahagi kerana berat untuk saya meninggalkan mereka bersama pembantu rumah.

“Anak saya pula masih kecil dan memerlukan perhatian rapi seorang ibu, membuatkan saya terpaksa berkorban. Saya Tak pernah lupakan bidang seni. Sekiranya ada tawaran bersesuaian, saya memang ingin kembali berlakon. Saya berharap hasrat itu terlaksana pada tahun ini.

“Tipu jika saya memberitahu, Tak lagi rindu untuk berlakon,” katanya.

Beralih mengenai rutin hariannya, Rabecca yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada tahun 2011 berkata, sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 30 April lalu menjadi lebih bermakna Bila melahirkan anak keempat di sebuah pusat perubatan swasta.

Rabecca sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata itu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra dan Nor Anggerik Renesmee.

“Sambutan ulang tahun kelahiran kali ini berbeza Bila saya menerima hadiah yang paling bermakna iaitu cahaya mata. Sebelum dimasukkan ke dewan pembedahan, teman rapat sempat datang meraikan saya dengan membawa kek pada tepat jam 12 tengah malam.

“Keesokannya pada jam 8 pagi, saya dimasukkan ke dewan pembedahan seterusnya melahirkan anak pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan,” katanya.

Rabecca Nur Al Islam belum bersara

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *