ANGELINA-JOLIE-34.jpg.transformed.jpg

Raja Kemboja Akan rasmi filem Angelina Jolie

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Angelina Jolie

PHNOM PENH: Raja Kemboja, Norodom Sihamoni akan hadir merasmikan tayangan filem perdana arahan bintang terkenal Hollywood, Angelina Jolie, Sabtu ini, yang mengisahkan biografi mangsa Khmer Rouge yang terselamat.

Jurucakap agensi kerajaan yang menyelia tapak arkeologi berkata, bonda baginda, Norodom Monineath Sihanouk akan turut hadir untuk menyaksikan filem ‘First They Killed My Father’ yang Akan ditayangkan di Kompleks Kuil Angkor Wat.

Filem itu berkisar mengenai kehidupan Loung Ung pada zaman pemerintahan regim Khmer Rouge di antara 1975 dan 1979. Regim itu dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian 1.7 juta rakyat negara itu.

Jolie yang mengarah filem dalam bahasa Khmer itu menjadikan Kemboja sebagai lokasi penggambaran sejak 2015 Sampai 2016.

Pelakon yang kini menjadi pengarah itu memiliki hubungan baik dengan Kemboja sejak dia memulakan kerja amal bersama agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001.

Dia juga mengambil seorang anak angkat Kemboja yang diberi nama, Maddox. – AP

Raja Kemboja Akan rasmi filem Angelina Jolie

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *