ubatracunn_1536827074.jpg

Rakyat kita taasub ambil suplemen

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KIRA-KIRA 80 peratus rakyat Malaysia dipercayai mengamalkan pengambilan produk suplemen kesihatan, herba dan ubat tradisional dalam masa tertentu sepanjang hidup mereka.

Kajian Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor, juga mendapati kira-kira 84 peratus ibu hamil di negara ini turut mengamal atau biasa mengambil ubat tradisional.

Beliau berkata, antara kesan jangka panjang terhadap kesihatan ibu hamil yang mengambil ubat tradisional Adalah ketumbuhan pada ovari, kanser dan prakanser rahim, penyakit buah pinggang, darah tinggi serta penyakit hati.

Secara umum, katanya, kesan sampingan akibat pengambilan produk suplemen Adalah banyak termasuk kesan jangka pendek, antaranya alahan seperti kegatalan, sesak nafas dan bengkak.

“Kesan sampingan pengambilan produk suplemen juga pelbagai termasuk berisiko menyebabkan kematian. Saya beberapa kali berjumpa kes pesakit amal pengambilan produk jamu dan mendapati mereka ada ketumbuhan ovari, kanser dan prakanser rahim.

“Namun perkara paling saya bimbang Adalah kesan jangka panjang yang senyap seperti kerosakan buah pinggang dan hati,” katanya kepada BH.

Kes buah pinggang tinggi

Ketika ini, beliau berkata, kes kegagalan buah pinggang di Malaysia agak tinggitanpa diketahui puncanya, namun dikhuatiri ada kaitan dengan amalan pengambilan produk suplemen kesihatan, herba dan ubat tradisional.

Semalam, BH mendedahkan puluhan sebatian kimia dalam produk suplemen kesihatan berasaskan herba yang dihasilkan dan dijual di pasaran, Tak melalui ujian dan kelulusan Kementerian Kesihatan.

Difahamkan, penghasilan produk itu memerlukan pelbagai sebatian kimia yang mungkin juga mencecah ratusan jenis, namun Tak diuji secara langsung oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan kerana dianggap bahan semula jadi.

KAJIAN Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor (kiri) dan pakar perubatan keluarga, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar.

Dr Mohd Rushdan berkata, ramai rakyat Malaysia ketika ini terlalu percayakan produk suplemen, namun mereka Tak akan memaklumkan kepada doktor sekiranya mengalami masalah kesihatan.

“Harus diakui, pengambilan sebahagian ubat tradisional akan memberi kesan negatif termasuk dalam kes kehamilan. Kita juga bimbang sikap lambat berjumpa doktor, malah ada yang tinggalkan terus rawatan moden kerana pengaruh produk suplemen,” katanya.

Banyak insiden bahan tercemar

Sementara itu, pakar perubatan keluarga, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar yang juga aktivis Medical Mythbusters Malaysia, berkata terdapat banyak insiden bahan tercemar (adulteration) dalam produk-produk kesihatan di pasaran ketika ini.

“Contoh paling biasa ditemui Adalah campuran steroid, ubat tahan sakit, ubat tenaga batin seperti sildenafil dan juga ubat anti-radang. Campuran bahan terkawal ini berbahaya kerana tiada sukatan dos atau pemantauan.

“Kesan sampingannya pula Adalah pelbagai, paling cepat memberi kesan ialah ubat kuat tenaga batin yang ada sildenafil dan tadalafil, malah ada juga campuran bahan terlarang yang ambil masa untuk memberi kesan sampingan, contohnya steroid,” katanya.

Rakyat kita taasub ambil suplemen

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *