13rakyat1.transformed.jpg

Rakyat rai penyingkiran Geun-hye

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

RAKYAT Korea Selatan rai penyingkiran Park Geun-hye. – Foto EPA

SEOUL: Sehari selepas Mahkamah Perlembagaan memecatnya berhubung skandal rasuah, Presiden Korea Selatan disingkir Park Geun-hye berdiam diri ketika penentang dan penyokong berhimpun mengadakan bantahan jalanan.

Kelibat Geun-hye Tak kelihatan atau pun didengar sejak keputusan mahkamah dikeluarkan Jumaat lalu, menamatkan pergelutan kuasa yang melingkari negara selama beberapa bulan.

Geun-hye yang mana nasibnya ditentukan mahkamah susulan pendakwaan Parlimen Disember lalu, masih belum mengosongkan kediaman Presiden atau Rumah Biru, dan pembantunya berkata, memerlukan lebih banyak masa untuk berpindah ke kediaman peribadi di ibu kota ini.

Membawa bendera dan lilin serta bersorak gembira, puluhan ribu orang memenuhi jalan besar di tengah ibu kota ini untuk meraikan pemecatan Geun-hye.

Sementara itu, di dataran padang rumput berhampiran, sejumlah besar penyokongnya dengan muram mengibarkan bendera berhampiran pentas di mana penganjur memakai topi merah dan seragam tentera, berikrar menentang apa yang mereka gelar ‘pembunuhan politik.’

Park Geun-hye

Polis berusaha menyuraikan bantahan ganas antara dua pihak selepas tiga orang maut dan berpuluh lain cedera dalam pertembungan antara polis dan penyokong Geun-hye selepas keputusan Jumaat lalu.

Hampir 20,000 pegawai polis dihantar semalam untuk memantau penunjuk perasaan, dipisahkan oleh beratus-ratus bas polis.

Penunjuk perasaan anti-Geun-hye melaungkan ‘Lilin menang!’ dan ‘Tahan Park Geun-hye!’ ketika mereka mula berarak ke arah Rumah Biru.

Penunjuk perasaan, yang membawa lilin ketika bantahan malam secara besar-besaran beberapa bulan kebelakangan ini, menggelar diri mereka Candle Force (Tentera Lilin). – AP

Rakyat rai penyingkiran Geun-hye

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *