1522360897_image.jpg

Ramli Ibrahim adakan persembahan di empat bandar raya India

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SUTRA Foundation, yang diterajui Datuk Ramli Ibrahim, akan mengadakan persembahan tarian Odissi, Ganjam, di empat bandar raya India bulan depan.

Ramli akan memulakan siri jelajah budaya selama seminggu itu di ibu negeri Uttar Pradesh, Lucknow, pada 1 April sebelum beralih ke Gorakhpur pada 3 April sebelum ke Ayodhya keesokan harinya.

Persembahan Ganjam itu, yang diilhamkan daripada warisan budaya daerah Ganjam di Odisha, sebuah negeri di timur India, mendapat sorotan hebat daripada pengkritik tarian India.

“Program jelajah ini istimewa kerana kami dijemput kerajaan Uttar Pradesh untuk mengadakan persembahan Odissi terbaru daripada Sutra iaitu Ganjam. Kami sungguh teruja kerana belum pernah mengadakan persembahan di bandar raya berkenaan.

Untuk siri jelajah ini, kami akan menampilkan 13 penari hebat Odissi Malaysia dan seorang pereka pencahayaan yang memenangi anugerah,” kata Ramli kepada Bernama.

Kumpulan tarian itu akan kembali ke Kuala Lumpur selepas mengadakan persembahan di Uttar Pradesh, tetapi Ramil dan pasangannya serta pereka pencahayaan berkenaan akan ke New Delhi untuk mengadakan persembahan pada 6 April.

Pereka tarian klasik India berusia 64 tahun  itu mendapat pengiktirafan tertingggi bagi karya budayanya dan akan menerima Anugerah Padma Shri daripada Presiden India Ram Nath Kovind.

“Siri jelajah India ini menjadi lebih istimewa kerana saya akan menerima Anugerah Padma Shri di Rashtrapati Bhavan, New Delhi pada 2 April,” kata Ramli.

Sutra Foundation dan Ramli telah mengadakan persembahan di pelbagai tempat di India.

“Setakat ini, kami sudah mengadakan persembahan di hampir 50 bandar raya India,” kata Ramli.

Tahun lepas, persembahan Ganjam dianjurkan di New Delhi, Bhubaneswar, Rourkela dan daerah Ganjam. Ia diadakan sekali lagi pada Konark Festival di Odisha baru-baru ini.

“Setiap produksi kami berbeza dengan yang sebelumnya kerana dari segi konsep, ia menggunakan titik tolak berbeza. Ganjam Adalah sebuah produksi Odissi yang hebat dan menjadi kesukaan ramai pada Konark Festival yang diadakan Disember lepas,” kata Ramli.

Ramli Ibrahim adakan persembahan di empat bandar raya India

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *