logo_anih.jpg.transformed.jpg

R&R Gambang kurang kapasiti air: ANIH

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Masalah bekalan air di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Gambang (hala arah Timur dan Barat), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) bukan perkara baharu.

Ia dihadapi oleh pemegang konsesi LPT, ANIH Berhad sejak ia dibuka kepada pengguna lebuh raya pada September 2004.

Ketua Pengarah Eksekutif ANIH, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, berkata keadaan itu disebabkan Pengurusan Air Pahang (PAIP) Tak dapat membekalkan air ke R&R itu kerana kekurangan kapasiti bekalan.

“ANIH dimaklumkan oleh PAIP jika air dibekalkan ke R&R Gambang, ia akan mengganggu bekalan air harian dan juga akan menyebabkan tekanan rendah kepada penduduk setempat.

“Pihak kami sudah berbincang dengan PAIP tetapi Tak membuahkan hasil kerana masalah itu belum dapat diatasi oleh PAIP.

“Insya-Allah bekalan air oleh PAIP akan dapat dibekalkan Bila Projek Bekalan Air Gambang 3 siap, ” katanya ketika diminta mengulas berhubung viral di media sosial daripada pengguna lebuh raya mengenai masalah ketiadaan air di kawasan R&R itu.

Hari ini, seorang pengguna melahirkan rasa kesal berikutan ketiadaan air di kawasan R&R itu bagi kegunaan di tandas dan surau.

Pengguna itu turut memberitahu beliau mendapat maklumat daripada pekerja di R&R itu bahawa masalah itu berlaku sejak setahun yang lalu.

Nik Fauzi berkata, sebagai langkah alternatif bagi mengatasi masalah itu, ANIH membina loji rawatan air untuk merawat air dengan kapasiti 50,000 liter sehari dengan menyedut air di kolam yang berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, syarikat menghadapi masalah kualiti air dan bekalan air yang terhad.

“Selain itu, katanya, ANIH juga menyewa dua unit tangki air yang berkapasiti 30,000 liter dan setiap tangki di tugas membekalkan air daripada punca air iaitu di Plaza Tol Gambang.

Katanya, syarikat juga menggunakan tangki sendiri yang berkapasiti 12,000 liter.

Beliau berkata, dengan tiga unit tangki berkenaan, syarikat dapat membekalkan kapasiti bekalan air sebanyak 72,000 liter khusus untuk menampung keperluan R&R Gambang.

“Masa yang diambil untuk mengisi satu unit tangki Adalah lebih kurang 1 jam 30 minit manakala masa perjalanan dari sumber air iaitu Tol Plaza Gambang ke R&R mengambil masa lebih kurang 1 jam.

“Keseluruhan masa yang diambil untuk membekalkan air ke R&R Gambang Adalah lebih kurang empat jam.

“Syarikat Tak menolak kemungkinan kejadian tiada bekalan air ketika waktu peralihan di antara masa mengambil bekalan air.

“Syarikat kesal atas kejadian ini dan akan sentiasa berusaha memperbaiki sebarang kelemahan dengan mengkaji semula prosedur yang diguna pakai pada masa ini demi keselesaan pengguna kami,” katanya.

R&R Gambang kurang kapasiti air: ANIH

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *