tiger12.transformed_1.jpg

Ratusan pelancong terkandas di Bali

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KEPUTUSAN pihak berkuasa menghentikan penerbangan Tigerair Australia menyebabkan ratusan pelancong terkandas di Nusa Bali, hari ini. – Foto www.timeslive.co.za

DENPASAR: Keputusan pihak berkuasa menghentikan penerbangan Tigerair Australia menyebabkan ratusan pelancong terkandas di Nusa Bali, hari ini.

Perkhidmatan Tigerair Australia dihentikan selepas syarikat itu didakwa melanggar undang-undang Indonesia.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, enam daripada perkhidmatan antara Australia dan Nusa Indonesia itu dihentikan hari ini dan esok, bermula dengan beberapa pembatalan penerbangan.

Rangkaian Australia Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan, kira-kira 700 penumpang terjejas akibat pembatalan itu hari ini dengan jumlah sama turut terjejas semalam.

Penerbangan Tigerair berkata, masalah itu timbul disebabkan keputusan kerajaan Indonesia mahu melaksanakan syarat pentadbiran baharu untuk operasi penerbangan antara Bali dan Australia.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata, tindakan itu diambil selepas syarikat penerbangan berkenaan melakukan pelanggaran.

“Penerbangan Tigerair Tak sepatutnya menjual tiket di Indonesia untuk penerbangan sewa khas. Hanya syarikat induk, Virgin Australia diberi kuasa menjual tiket,” kata kementerian itu.

Jurucakap Kementerian, Agoes Soebagio dalam satu kenyataan berkata, semua syarikat penerbangan asing perlu mematuhi peraturan pihaknya.

“Semua penerbangan Tigerair Australia akan dibatalkan sehingga syarat ditetapkan dipatuhi,” katanya. – AFP

Ratusan pelancong terkandas di Bali

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail