08raub1.transformed.jpg

Raub kembali dilanda banjir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

RAUB: Daerah ini kembali dilanda banjir sejak malam tadi yang menyebabkan 235 mangsa daripada 62 keluarga dipindahkan ke tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata sehingga jam 6 pagi tadi, jumlah mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pia, iaitu 92 orang, manakala 46 orang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Chenua.

Katanya, di PPS balai raya Kampung Sungai Ulu dan balai raya Sega Lama, pula masing-masing menempatkan 30 orang, di Masjid Jamek Kuala Semantan (23), di balai raya Kampung Temau (11) dan di balai raya Ulu Renggol (3).

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang membantu penduduk di beberapa perkampungan sekitar Raub yang terjejas akibat banjir untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). – Foto ihsan APM

“PPS itu diaktifkan secara berperingkat, Berawal Dari jam 9.25 malam sehingga 12 tengah malam tadi.

“Kita sedang memantau paras air sungai sebagai langkah berjaga-jaga bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya ada penempatan dinaiki air,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pemantauan paras air Sungai Lipis menerusi bacaan di Stesen Batu Malim menunjukkannya melepasi tahap bahaya iaitu 115.25 meter yang mendedahkan kawasan rendah dilimpahi air sungai.

“Paras air Sungai Dong dan Sungai Gali pula berada di tahap amaran iaitu 118.48 meter dan 122.32 meter yang berisiko kepada kawasan rendah,” katanya.

Raub kembali dilanda banjir

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *