os5_1488186353.jpg

Reaksi spontan empat pemenang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

“Saya tak terkejut pun Bila diumumkan sebagai pemenang, tetapi saya terlupa untuk ucapkan terima kasih kepada anak anak saya,” kata Casey Affleck yang diumumkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 di Dolby Theatre, Hollywood, di sini, hari ini.

Casey yang memenangi kategori itu menerusi filem Manchester by the Sea berkata, ia Adalah sesuatu yang cukup bermakna untuk dikongsi.

“Judul filem ini menggunakan nama bandar. Saya juga seolah-olah seperti berada di rumah dan tempat yang biasa dikunjungi ketika membintangi filem ini,” katanya kepada Harian Metro.

> Emma Stone, Pelakon Wanita Terbaik, Emma Stone

“Membawa watak Mia dalam filem La La Land mengingatkan dia mengenai dirinya ketika menghadiri uji bakat dulu.

“Sebagai pelakon, saya juga menimba pengalaman menakjubkan dalam filem ini. Saya sangat bertuah kerana dikelilingi ramai orang yang bagus. Menjadi orang yang kreatif juga menyeronokkan.

“Walaupun sudah menang anugerah, tetapi tiada apa yang berubah. Ia Adalah pengalaman dalam hidup saya,” katanya

> Barry Jenkins, Pengarah Filem Terbaik, Moonlight

“Saya percaya semua orang kini memandang saya dan saya berasa lebih dari yang dijangka. Dalam tempoh 20 minit, hidup saya berubah dalam sekelip mata,“ kata Barry Jenkins selepas filem Moonlight diumumkan sebagai Filem Terbaik dalam Anugerah Akademi ke-89.

Jenkins berkata, secara keseluruhan filem Moonlight Adalah satu platform dalam perjalanan hidup yang kita perlu menerimanya.

Ditanya mengenai filem La La Land yang pada awalnya diumumkan sebagai ‘pemenang’, Jenkins berkata, dia menyukai filem arahan Damien Chazelle itu yang disifatkannya sebagai filem yang bagus.

> Viola Davis, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

“Kemenangan ini Adalah saat yang cukup bermakna dan satu keajaiban dalam hidup saya,” kata Viola Davis yang mengungguli kategorinya.

Viola yang membawa watak Rose Maxson dalam filem arahan Denzel Washington itu berkata, wataknya dalam filem itu banyak mengajarnya mengenai kehidupan sukar yang dilalui satu ketika dulu.

“Ia pengalaman terbaik dari segi watak dan saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini,” katanya.

Menurut Viola, filem yang turut menampilkan Denzel sebagai pelakon utama ini hebat kerana ia melakonkan watak sebenar dan perjalanannya memang Tak dijangka.

Reaksi spontan empat pemenang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *