kristen-3-e1526433709782.jpg

Rebel! Kristen Stewart Selamber Berkaki Ayam di Cannes'18

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Kalau sebelum ini aktres kanak-kanak, Millie Bobby Brown bahagia mengenakan sneakers ketika berjalan di karpet merah, terbaru, aktres sensasi Kristen Stewart selamber berkaki ayam di Festival Filem Cannnes 2018, baru-baru ini.

Bukan perkara baru bagi Kristen kerana sebelum ini aktres ini selesa memilih sneakers bersama gaun anggun ketika menghadiri karpet merah kerana kekok dan Tak yakin memakai tumit tinggi. Cumanya kali ini relaks berkaki ayam.

Peraturan Festival Filem Cannes menetapkan bahawa wanita dikehendaki memakai tumit tinggi dan dilarang mengenakan kasut bertumit rata, sementara lelaki mesti memakai tali leher hitam, bagaimanapun langsung Tak diendahkan aktres 28 tahun ini.

..

Bintang filem Twilight ini tiba di karpet merah untuk tayangan perdana filem BlacKkKlansman dengan sepersalinan mini dress sequin bersama tumit tinggi Christian Louboutin, tetapi akhirnya dia membuka kasutnya itu ketika hendak menaiki tangga dan terus selesa berjalan dengan berkaki ayam.

Kristen Stewart memang terkenal dengan perangai rebel. Jadi benda macam ini bukan perkara baru baginya.

Rebel! Kristen Stewart Selamber Berkaki Ayam di Cannes'18

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *