93a42449-7ef5-4fdb-9a71-7e99bcc6665b.transformed.jpg

Remaja 14 tahun positif ganja

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KANGAR: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan, malam tadi di kawasan ladang ketum, di sini, kerana positif ganja.

Dia ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, bersama 12 individu lain dalam operasi khas yang dijalankan bersama Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di seluruh negeri itu.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad, berkata remaja itu ditahan bersama empat lelaki berusia antara 20 tahun dan 35 tahun di kawasan ladang ketum di Kampung Guar Musang, di sini, pada jam 10 malam.

“Kawasan berkenaan Adalah lokasi panas.Kita kerap menjalankan tangkapan di ladang yang aktif dalam aktiviti jual beli air ketum.

PONDOK khas yang dibina untuk tujuan jual beli air ketum di Kampung Guar Musang di sini yang diserbu dalam Operasi Perdana antara AADK dan AKSEM Perlis. – Foto Ihsan AADK

“Ketika serbuan dijalankan, lima lelaki terbabit sedang melepak dan ujian air kencing mendapati remaja Tak bersekolah itu positif ganja, manakala empat lagi postitif dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azizah berkata, dalam operasi itu juga, AKSEM merampas 188 botol, yang setiap satunya berisi 1.5 liter air ketum, selain 32 kilogram (kg) daun ketum.

Katanya, selain lima yang ditahan di ladang ketum berkenaan, pihaknya turut menahan lapan lagi suspek di beberapa lokasi di Chuping, Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis.

“Lapan lagi suspek ditahan dalam sekatan jalan raya. Lima daripadanya positif dadah jenis syabu, manakala tiga lagi positif dadah jenis opiat,” katanya.

Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Remaja 14 tahun positif ganja

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *