WhatsApp_Image_2017-06-23_at_2.27.17_PM.jpeg.transformed.jpg

Rempuh pembahagi jalan, 4 tentera parah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JASIN: Empat anggota tentera parah selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Bukit Lintang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, semua mangsa dalam perjalanan dari Melaka ke Muar, Johor untuk bercuti sempena Aidilfitri.

Mangsa dilaporkan cedera parah di kepala dan badan selepas tersepit dalam kereta Perodua Myvi berkenaan.

Difahamkan, keempat-empat anggota tentera berusia 21 Sampai 22 tahun itu baru selesai menjalani kursus komando di Kem Sungai Udang di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Khairudin Atan, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.55 pagi sebelum sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba Jalan Kubu dan Balai Bomba Merlimau dikerah ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapati Perodua Myvi terbabit remuk teruk selepas merempuh kanan besi pembahagi jalan.

“Anggota bomba terpaksa menstabilkan kenderaan terlebih dulu bagi mengelakkan terjatuh, sebelum kerja menyelamat mangsa dilakukan.

“Empat ambulans digunakan bagi membawa mangsa yang tersepit ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai terbabas dan pemandunya berusia 21 tahun cedera parah di kepala dan leher.

“Tiga penumpang lain cedera parah di badan dan kaki.

“Keadaan jalan agak basah kerana hujan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rempuh pembahagi jalan, 4 tentera parah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *