reputasi_Anis_Al-Idrus.jpg

Reputasi Terjejas Selepas Putus Dengan Raja Afiq

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus, 28, mengakui kisah putus cintanya dengan pelakon Raja Afiq benar-benar memberi tamparan sehingga memburukan reputuasinya sebagai seorang selebriti.

Memetik laporan mStar online, Anis berkata, dia kesal Bila terdapat pelbagai andaian khusunya segelintir masyarakat Melayu yang gemarkan cerita-cerita gosip.

“Saya Tak boleh menghentikan pelbagai andaian terhadap saya kerana tipikal segelintir masyarakat kita memang sukakan gosip. Jadi, apa yang perlu saya buat ialah sentiasa tukarkan aura negatif itu menjadi positif agar ia Tak terus menganggu emosi,” katanya.

Dalam pada itu, pengacara program Pencetus Ummah ini berkata, dia menjadi mangsa keadaan dalam hubungannya dengan Raja Afiq dan tetap dengan pendirian untuk mendedahkan bukti perpisahan itu.

“Orang hanya mampu bercakap tetapi Tak duduk di situasi saya. Maaf, atas nasihat beberapa individu, saya Tak dapat kongsikan sebarang kenyataan buat masa sekarang kerana bukti-bukti tersebut akan dibentangkan pada satu masa yang akan saya umumkan kelak.

“Saya harap dengan pendedahan itu boleh membuka mata siapa yang yang benar dan siapa yang Keliru dalam hal ini,” tegasnya.

Reputasi Terjejas Selepas Putus Dengan Raja Afiq

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *