353b805939b5425022341f2c2a1bf512.jpg

Ribuan banjiri PWTC mahu saksikan piagam Umno-PAS

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Ribuan anggota PAS dan Umno berduyun-duyun membanjiri bangunan PWTC hari ini untuk menyaksikan peristiwa bersejarah pemeteraian piagam kerjasama antara dua parti itu.

Bangunan PWTC sesak dengan kehadiran orang ramai yang berpakaian merah, putih dan hijau.

Anggota unit amal PAS yang berpakaian warna merah manggis (maroon) kelihatan cuba mengawal dan mengarahkan aliran orang ramai.

Setiap tingkat PWTC dipenuhi hadirin, sehingga menjadi sukar untuk berjalan dalam suasana hiruk pikuk orang ramai.

Bagaimanapun, keadaan umumnya tenang Bila hadirin mengaminkan doa sebelum para pemimpin PAS dan Umno tampil berucap.

Hadirin bersorak setiap kali pengumuman ketibaan pemimpin kedua parti itu, seperti kehadiran bekas presiden Umno Najib Razak, Presiden Umni Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Seorang anggota PAS dari Shah Alam, Rais Kamarulzaman memberitahu kehadirannya hari ini untuk menunjukkan sokongan terhadap perpaduan umat Islam.

“Datang bagi sokongan, sebab ada penyatuan ummah dan melonjakkan Islam. Tekanan dari orang bukan Islam buat kita semangat. Kebetulan ada agenda untuk gerakkan penyatuan ummah. Jadi kami datang sokong. Di sini, nampak ukhuwah.

“Orang-orang Melayu dipencilkan. Kita terlalu bertolak-ansur. Jangan pijak kepala. Jadi dari situ, kita akan bangkit.

“Dilihat orang luar ingin kawal kita. Kita bangkit untuk menyatakan bahawa kita ini mempertahankan, bukan setakat agama, Akan Tetapi bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, anggota Umno, Ramli Hamid dan Hasidah Mansor memberitahu Malaysiakini mereka menaiki bas secara berkumpulan datang dari Perlis dan Permatang Pauh ke PWTC.

“Kami bersemangat untuk bangsa Melayu Islam kita,” kata Ramli yang memberitahu hadir bersama anak dan isterinya.

Hasidah, 52 tahun pula menjelaskan sokongannya terhadap usaha perpaduan PAS dan Umno ini.

“Kami ini veteran Umno datang sini macam perjuangan. Sebab keadaan politik kita itu yang makcik terpanggil nak datang.

“Takut ke arah ketidakstabilan dengan isu perkauman, takut 13 Mei jadi.

“Saya jadi bangga PAS dan Umno gabung,” katanya.

Ribuan banjiri PWTC mahu saksikan piagam Umno-PAS

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *