1485573200_Ringgit.jpg.transformed_0.jpg

Ringgit dijangka catat dagangan berhati-hati

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencatat dagangan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur berhati-hati terhadap dasar ekonomi Presiden AS Donald Trump, kata penganalisis.

Naib Presiden Pembangunan Korporat dan Penyelidikan Pasaran FXTM Jameel Ahmad berkata mata wang, termasuk ringgit, pulih susulan satu lagi pusingan pelabur menjual pegangan mereka ke atas dolar AS.

“Selagi dolar AS terus lemah sejajar dengan kenyataan Trump bahawa dolar AS terlebih nilai, ringgit akan pulih dengan kadar perlahan,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga berkata pasaran juga peka kepada data suku keempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang diumumkan pada Jumaat.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.4260 dan 4.4980 berbanding dolar AS berikutan pasaran menyesuaikan dengan dasar Trump.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.4300/4330 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4480 pada Jumaat lepas.

Unit tempatan ditutup bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1046/1078 daripada 3.1112/1135 dan meningkat berbanding yen kepada 3.8522/8565 daripada 3.8619/8648.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.7370/7411 daripada 4.7321/7358 dan susut berbanding pound British kepada 5.5588/5643 daripada 5.4625/4679. – BERNAMA

Ringgit dijangka catat dagangan berhati-hati

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *