MALAYSIA-ASIA-FINANCE-FOREX.transformed_155.jpg

Ringgit mengukuh pada awal dagangan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan, dicetuskan minat belian baharu terhadap nota tempatan di tengah-tengah kelemahan dolar, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.3330/3360 berbanding dolar AS daripada 4.3440/3470 pada 6 petang Jumaat lalu.

Peniaga berkata, dolar AS ditutup lebih rendah minggu lalu disebabkan data ekonomi yang lebih lemah daripada jangkaan.

Ia turut didorong peningkatan kebimbangan dalam kalangan pelabur berhubung kemungkinan bank pusat negara itu Tak menaikkan kadar faedah pada bulan depan sebagaimana yang dijangkakan.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0853/0879 daripada 3.0859/0900 Jumaat lalu, mengukuh berbanding yen kepada 3.8200/8243 daripada 3.8213/8246 dan naik berbanding pound British pada 5.5826/5891 daripada 5.5859/5902.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding euro kepada 4.7338/7375 daripada 4.7232/7269. – BERNAMA

Ringgit mengukuh pada awal dagangan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail