moheeb15.transformed.jpg

Risiko perang harga industri insurans

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DARI kiri; Syed Moheeb; Pakar Lembaga Pengarah MII, Raja Zailan Putra Raja Azmi; Pengarah Bayswater Risk and Compliance Advisory Pte, Raymond Cheung; Nurul Shuhada; Ketua Rakan Kongsi Actuarial Partners (AP) Sdn Bhd, Nicholas Yeo dan Pakar Lembaga Pengarah MII, Datuk Adrian Loh selepas seminar ‘Pemansuhan Tarif: Berhasil Dalam Persekitaran Berdaya Saing’ di Gelanggang Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Industri insurans tempatan dijangka berdepan situasi ‘perang harga’ susulan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans permotoran dan kebakaran yang berkuat kuasa 1 Julai tahun depan.

Rakan Kongsi Actuarial Partners (AP) Sdn Bhd, Nurul Syuhada Nurazmi, berkata syarikat yang mempunyai modal mencukupi mampu bertahan dengan perang harga berkenaan berikutan mereka mempunyai keuntungan mencukupi untuk menampung defisit.

“Ia bergantung sepenuhnya kepada keupayaan syarikat sama ada mampu bertahan atau Tak dengan tekanan pasaran, memandangkan ada segelintir syarikat insurans sudah memulakan langkah untuk mendapatkan penguasaan pasaran.

“Ada syarikat insurans yang lain juga sedang bergelut untuk menurunkan kadar harga, semata-mata mahu menguasai pasaran walaupun menyedari kadar harga ketika ini sudah pun rendah dan Tak menguntungkan,” katanya pada seminar ‘Pemansuhan Tarif: Berhasil Dalam Persekitaran Berdaya Saing’ anjuran Institut Insurans Malaysia (MII) di sini, hari ini.

Pada tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelaksanaan pemansuhan tarif industri insurans secara berperingkat bermula 1 Julai 2017.

Sementara itu, industri insurans permotoran dijangka mengalami pertumbuhan sederhana tahun ini ekoran kelembapan pasaran automotif tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MII, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, berkata ini disebabkan sebanyak 50 peratus perniagaan industri itu dipelopori oleh insurans permotoran.

“Ketika ini, jualan kenderaan baharu jatuh mendadak berbanding tahun sebelumnya, menyebabkan kenderaan lama menjadi penyumbang terbesar kepada industri insurans,” katanya.

Pada Mac lalu, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjangkakan segmen insurans motor yang mencatatkan kerugian RM292 juta pada 2015, akan terus menghadapi situasi mencabar tahun ini disebabkan peningkatan harga alat ganti kenderaan.

Dalam pada itu, Pengarah Bayswater Risk and Compliance Advisory Pte, Raymond Cheung berkata, syarikat insurans perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melaksanakan langkah yang boleh diambil bagi menghadapi sebarang perubahan berlaku dalam industri berkenaan.

Beliau berkata, ini disebabkan penakrifan semula industri insurans akan memberi kesan dalam tempoh jangka panjang.

“Jawatankuasa ini juga boleh dianggotai pemegang kepentingan utama dan melaporkan kepada lembaga pengurusan kanan secara tetap berhubung apa juga keputusan yang dibuat.

“Dari segi pengurusan risiko pula, ia boleh bekerjasama rapat dengan pemegang kepentingan utama dalam melaksanakan perubahan dan menyediakan langkah terkini bagi perkembangan kawal selia,” katanya.

Risiko perang harga industri insurans

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *