Bank_Negara_Malaysia.transformed_7.jpg

Rizab antarabangsa BNM AS$96.1 bilion pada 28 April

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$96.1 bilion (RM425.2 bilion) setakat 28 April 2017, berbanding AS$95.7 bilion (RM423.2 bilion) yang dicatat pada April 14 2017.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.9 bulan import dan 1.1 kali hutang luaran jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$89.5 bilion); kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (AS$0.8 bilion); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion); emas (AS$1.6 bilion); dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset BNM termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM425.177 bilion); bon kerajaan Malaysian (RM3.311 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM8.913 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM7.815 bilion); tanah dan bangunan (RM2.113 bilion); dan aset lain (RM8.031 bilion). – BERNAMA

Rizab antarabangsa BNM AS$96.1 bilion pada 28 April

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail