1477306360_image28329.jpg

Rizalman Ibrahim Kini Bergelar Datuk

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pereka fesyen dan perunding perkahwinan popular, Rizalman Ibrahim Adalah antara penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini.

Tulis Rizalman di Instagramnya;

Mungkin selama ini saya Tak pernah mengeluarkan kata2 bagi mengalung budi kepada setiap individu yang Allah swt telah tetapkan untuk berjumpa di dalam perjalanan hidup saya. Betapa hebatnya sistem lingkaran qada dan qadar yang berlaku dalam setiap kehidupan seseorang individu itu, baik yang datangnya baik atau jelek dari segi sifatnya.

Semuanya Adalah kebaikkan semata. Betapa bertemunya kedua ibu bapa saya Sampai melahirkan zuriat mereka yang bernama Rizalman, bidan yang menyambut, keseluruhan adik beradik yang menjaga kebajikan saya dari kecil Sampai dewasa, jiran yang membantu kala susah, pemandu bas yang membawa saya ke sekolah, guru2 yang mendidik, kawan-kawan yang membakar semangat, batalion pekerja yang menyokong syarikat untuk berdaya maju, kenalan peminat di Instagram serta Facebook yang Tak berhenti berzikir melontarkan doa serta hilaian ketawa anak2 sebagai suri hati.

Kepada semua saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memandang bakat,pengorbanan serta senantiasa setia berada di sisi saya. Hari ini,hari di mana Allah telah mengangkat darjah dan pangkat saya di dunia. Moga Allah akan mengangkat pangkat dan darjah saya sebegini jua di Akhirat kelak.

Tahniah Datuk Rizalman

Rizalman Ibrahim Kini Bergelar Datuk

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *