PG220217AM007.jpg.transformed.jpg

RM100 juta bantu sejuta pelajar miskin

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri Pendidikan 1, P. Kamalanathan. – Foto Amir Irsyad Omar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM100 juta untuk membantu lebih sejuta pelajar miskin dan miskin tegar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata peruntukan itu disediakan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Bagaimanapun, beliau Tak menghuraikan bentuk bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan kepada 1,061,381 pelajar miskin dan miskin tegar itu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Budiman Moh Zohdi (BN-Sungai Besar) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai perkara lain, Kamalanathan berkata 1,216 buah sekolah di seluruh negara telah melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) setakat ini.

Menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), beliau berkata ia meliputi 587 sekolah rendah dan 629 sekolah menengah dan program itu dilaksanakan berdasarkan pilihan ibu bapa dan kesediaan pihak sekolah. – BERNAMA

RM100 juta bantu sejuta pelajar miskin

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *