protoansd.transformed.jpg

Rohime dilantik CEO baharu Proton Edar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd melantik Rohime Shafie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd, menggantikan Norzahid Mohd Zahudi, yang meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Rohime Shafie Adalah bekas Ketua Pegawai Kewangan PROTON.

Dalam satu kenyataan hari ini, CEO PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, beliau gembira untuk mengalu-alukan Rohime ke lembaga pengarah syarikat itu.

“Ia Adalah tempoh mencabar untuk PROTON dan pelantikan ini akan membantu mengukuhkan kepimpinan Proton Edar bagi meningkatkan bukan sahaja jualan dan penguasaan pasaran dengan fokus khusus untuk meningkatkan kepuasan pelanggan,” tambahnya.

Rohime Adalah felo Institut Akauntan Berkanun UK, anggota Akauntan Awam Bertauliah Australia dan anggota Institut Akauntan Malaysia. – BERNAMA

Rohime dilantik CEO baharu Proton Edar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *