Ahmad207Razif.transformed.jpg

Rombakan EXCO sebahagian transformasi kerajaan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman. – Foto Yazit Razali

KUALA TERENGGANU: Perubahan dan penyusunan semula portfolio EXCO negeri Adalah satu transformasi kerajaan untuk memantapkan jentera pentadbiran.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata penstrukturan semula EXCO negeri hanya suatu proses yang biasa dilakukan dan Tak ada apa-apa perkara yang perlu dihairankan.

“Pertukaran ini perkara biasalah dan inilah yang dinamakan transfromasi kerajaan,” katanya selepas menghadiri Malam Penghargaan Media Bersama Eastern Pacific Corporation (EPIC), di sini, malam ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Timbalan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, beliau menegaskan bahawa perkara itu Adalah biasa kerana setiap wakil rakyat BN memang dilantik secara automatik memangku jawatan Timbalan EXCO.

Katanya, Ahmad sebelum ini sudah menjawat jawatan sebagai Timbalan EXCO tetapi Tak dinyatakan sehingga pengumuman barisan EXCO negeri yang baharu bagi memudahkan rakyat berurusan.

“Setiap wakil rakyat BN secara automatik menjawat jawatan timbalan dan mereka diberi elaun.

“Jadi ini Adalah perkara biasa dan lagipun kita memang Tak cukup orang kerana pada masa inipun seorang wakil rakyat BN ada yang menjawat satu atau dua jawatan,” katanya.

Rombakan EXCO sebahagian transformasi kerajaan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *