20lui.transformed.jpg

Ronaldo julang Portugal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MOSCOW: Cristiano Ronaldo meledak gol seawal minit keempat untuk menghadiahkan Portugal kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Maghribi 1-0 pada aksi kedua Kumpulan B, sebentar tadi.

Selepas terikat 3-3 berjumpa Sepanyol pada aksi pembukaan, minggu lalu, Portugal yang juga juara Eropah memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang mara dengan Ronaldo terus membuktikan ketajamannya di depan gawang.

Berpunca daripada sepakan sudut Joao Moutinho, Ronaldo yang bertindak bijak melepasi kawalan pertahanan lawan menanduk masuk menerjah gawang tanpa mampu dihalang penjaga gol Maghribi, Munir.

Ia jaringan keempat oleh Ronaldo di Russia sekali gus menyaksikan bintang Real Madrid itu menjadi penjaring gol terbanyak Eropah dengan 85 gol mengatasi legenda Hungary, Ferenc Puskas.

Tersentak dengan jaringan Ronaldo, permainan di Stadium Luzhniki bertambah menarik dengan Maghribi memperoleh peluang untuk menyamakan jaringan pada minit ke-10 tetapi tandukan Mbark Boussoufa berpunca hantaran Nabil Dirar sedikit tersasar.

Pada minit ke-18, Hakim Ziyech memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan selepas bijak memperdaya pertahanan Portugal tetapi rembatannya dihalang pertahanan, Cedric Soares.

Sekali pun Magghribi tampil dengan aksi lebih dominan pada babak kedua, Portugal terlebih dulu berpeluang menambah jaringan menerusi Ronaldo tetapi rembatannya susulan tampanan Goncalo Guedes pada minit ke-52 tersasar.

PENJAGA gawang Portugal, Rui Patricio menangkap bola pada perlawanan menentang Maghribi di Piala Dunia, sebentar tadi. – Foto REUTERS

Portugal turut diselamatkan oleh aksi cemerlang penjaga golnya, Rui Patricio yang menggagalkan dua cubaan terbaik Maghribi bermula pada minit ke-55 menerusi rembatan Belhanda.

Dua minit kemudian, Patricio sekali lagi membuktikan kehebatannya Bila merebahkan badan untuk menggagalkan tandukan Belhanda berpunca sepakan percuma Hakim Ziyech.

Deretan peluang dicipta Maghribi yang terdesak mendapatkan kemenangan pada penghujung perlawanan tetapi mereka kemudian dikecewakan dengan ketumpulan serangan.

Kekalahan menyaksikan Maghribi yang tumbang 0-1 kepada Iran pada aksi pembukaan sekali gus secara matematik tersingkir daripada kejohanan. – Reuters

Ronaldo julang Portugal

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *