DSC_1291.jpg

Roslan Shah bengang dengan Datuk Seri Vida

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Roslan Shah melahirkian rasa kecewa Bila pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang Akan berlangsung di Singapura akhir bulan ini.

Roslan berkata, perkara berkenaan telah menjejaskan reputasi dan nama baiknya kepada pihak penganjur yang mahu Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida hadir memberi ceramah.

“Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.

“Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia Tak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,

“Kami tiada perjanjian hitam dan putih Akan Tetapi saya ada mesej-mesej dia sebagai bukti yang dia sudah berjanji untuk datang. Saya tiada niat memburukkan dia Akan Tetapi sebagai kawan lama yang mengenalinya sejak lebih lapan tahun, saya rasa sungguh sedih.

“Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan jelek kepada saya selepas ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Roslan Shah bengang dengan Datuk Seri Vida

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *