bhpunca14-o_BHfield_image_listing_featured.var_1581691381.jpg

Runtuhan di Taman Desa: Punca kejadian dikenal pasti dalam tempoh sebulan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Punca kejadian runtuhan struktur bangunan kondominium di Taman Desa, di sini, akan diketahui sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan mengambil bukti awal untuk melakukan siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Tindakan akan diambil terhadap pemaju dan itu bergantung kepada laporan yang akan diterima.

“Untuk ketahui punca kejadian, ia akan ambil masa sekurang-kurangnya sebulan dan saya percaya JKKP akan selesaikannya secepat mungkin,” katanya kepada media di lokasi kejadian sebentar tadi.

Beliau berkata, proses pembinaan bangunan itu juga akan dihentikan serta-merta bagi memberi laluan pihak berwajib melakukan siasatan.

“Esok, saya akan merujuk kejadian ini kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (tiga, kanan) menerima zakat perniagaan daripada Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail (tiga, kiri) berjumlah RM2,445,346,00 di Istana Anak Bukit hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Datuk Bakar Din (kanan).- Foto BERNAMA


Suasana di luar tapak pembinaan kejadian bangunan kondominium 37 tingkat runtuh di Taman Desa. – NSTP/Aswadi Alias

“Bila kita sudah memperoleh laporan, kita akan pastikan sama ada projek pembinaan kondominium ini menggunakan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan atau sebaliknya namun bergantung kepada laporan,” katanya.

Zuraida berkata, pihak pemaju juga akui kesal dan bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku itu dan bersedia untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Mengulas terdapat pihak yang Menciptakan bantahan berhubung pembinaan kondominium terbabit sebelum ini, Zuraida menjelaskan akan mengambil maklum perkara itu untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian runtuhan itu, dua warga Bangladesh dilaporkan terperangkap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat enam, dilaporkan runtuh ketika hujan lebat pada jam 3.40 petang.

Mangsa pertama diselamatkan pada jam 5.15 petang, manakala mangsa kedua pada jam 9.40 malam. Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Berita berkaitan:

• Kondo dalam pembinaan runtuh – https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655638/kondo-dalam-pembina…

• Seorang pekerja binaan masih terperangkap – https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655703/seorang-pekerja-bin…

• Bomba, JKKP akan nilai tahap keselamatan bangunan di Taman Desa – https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655712/bomba-jkkp-akan-nil…

• Runtuhan di Taman Desa: Mangsa kedua dikeluarkan – https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655736/runtuhan-di-taman-d…

Runtuhan di Taman Desa: Punca kejadian dikenal pasti dalam tempoh sebulan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail