16mng3.transformed.jpg

Russia menang bergaya

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MOSCOW: Selepas gagal meraih kemenangan hampir setahun di pentas antarabangsa, tuan rumah Piala Dunia, Russia mempamer aksi meyakinkan Bila menewaskan Arab Saudi 5-0 pada aksi pembuka tirai, sebentar tadi.

Skuad Russia mempamer aksi cemerlang di depan 80,000 penonton yang menyaksikan perlawanan itu di Stadium Luzhniki yang turut dihadiri oleh Presiden Russia, Vladimir Putin serta Putera Arab Saudi.

Arab Saudi yang menduduki ranking ke-67, juga mempamerkan aksi meyakinkan, namun gagal untuk menandingi semangat dan tenaga pemain Russia.

Stadium Luzhniki bergegar seawal minit ke-12 selepas Yury Gazinsky menanduk masuk bola untuk menghadiahkan gol pembukaan.

ARTEM Dzyuba (kanan) selepas menjaringkan gol ketiga pada aksi pembuka tirai, sebentar tadi. – Foto AFP

Denis Cheryshev mempamer skil tinggi ketika meledak gol kedua tuan rumah pada hujung separuh masa pertama menerusi sepakan kaki kiri, sementara Artem Dzyuba menanduk masuk gol ketiga Russia minit ke-71, hanya 89 saat selepas masuk sebagai pemain gantian.

Cheryshev dan Aleksandr Golovin masing-masing menambah dua gol pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah. – Reuters 

Russia menang bergaya

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *