Safiey_dalam_program_khas_Penghijrahan_Fenomena.transformed.jpg

Safiey kongsi cerita terima hidayah di TV AlHijrah malam ini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SAFIEY (kiri) dalam program khas Penghijrahan Kenyataan di TV AlHijrah.

KUALA LUMPUR: Berita penghijrahan seorang bekas Mak Nyah, Safiey Ilias, baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ketika ramai yang memuji tindakannya itu, Tak kurang juga yang memperlekehkan keputusannya, sekali gus menghakimi dirinya dan menganggap ia hanya perbuatan sia-sia.

Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, jutawan muda ini tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk meninggalkan dunia pondan.

Sebagai panduan dan juga iktibar untuk mereka di luar sana, Safiey dengan rela hati terbuka untuk berkongsi penghijrahannya untuk mendekati Islam.

“Saya ingin memperbaiki diri dan berdakwah dan saya akan gunakan semua harta untuk Islam,” katanya dalam program Penghijrahan Kenyataan: Safiey Ilias terbitan AlHijrah.

Temubual ‘hati ke hati’ ini akan disiarkan pada jam 9.30 malam ini. Ia menemui penonton selepas rancangan Tonight With Dr Zakir yang akan bersiaran pada 8.30 malam.

Safiey Ilias

Dua nama paling ‘trending’ ini mengisi kempen #IslamIsFirstClass yang dilancarkan stesen televisyen berkenaan Berawal Dari 10 April lalu.

Safiey yang bijak menghujahkan pandangan hidupnya ternyata memiliki aura tersendiri dalam menjelaskan sejarah masa lampaunya serta konsep hidayah yang ditafsirkan sebagai perlakuan untuk berubah.

“Saya tercari-cari makna hidayah. Akhirnya saya faham, hidayah ialah kemahuan untuk berubah. Bila kita berubah menuju kebaikan, itulah hidayah,” katanya.

Safiey kongsi cerita terima hidayah di TV AlHijrah malam ini

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *