saham.jpg.transformed_21.jpg

Saham AS ditutup tinggi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi semalam dengan Nasdaq melonjak Bila saham Amerika Syarikat menyertai rali Dunia sempena kemenangan calon presiden Perancis, Emmanuel Macron pada pusingan pertama ketika pilihan raya kelmarin.

Nasdaq menokok 1.2 peratus untuk ditutup kepada 5,983.82, naik 67 mata daripada rekod yang dicatatkan pada minggu lalu.

Indeks Dow Jones naik 1.1 peratus untuk ditutup kepada 20,763.89 dan S&P 500 juga meningkat 1.1 peratus kepada 2,374.15.

Pasaran Dunia mencatatkan hari yang kukuh selepas Macron mara ke pusingan kedua dalam pengundian pada 7 Mei ini, dengan undian menunjukkan beliau mendahului calon anti Kesatuan Eropah (EU), Marine Le Pen.

Pengurus portfolio Republic Wealth Advisors, David Levy, berkata pasaran mengambil kira berita daripada Perancis dengan sangat positif di mana keputusan pusingan pertama pilihan raya mengurangkan beberapa kebimbangan yang berada di pasaran. – AFP

Saham AS ditutup tinggi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *