hovid.transformed.jpg

Saham Hovid susut 15 peratus

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Saham Hovid Bhd susut lebih 15 peratus atau 5.5 sen pada sesi awal hari ini berikutan pengumuman bahawa lesen pembuatannya dibatalkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan.

Pada 10.02 pagi, saham pengeluar produk farmaseutikal itu berada kepada 29 sen dengan 68.93 juta saham diniagakan.

Hovid juga menjadi antara saham paling aktif didagangkan setakat ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam lesen pengilang untuk kemudahannya d Chemor dan Ipoh, Perak dibatalkan berikutan audit yang dijalankan oleh Jabatan Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).

Syarikat berkata, pengeluaran semula lesen akan tertakluk kepada NPRA berdasarkan hasil audit. – BERNAMA

Saham Hovid susut 15 peratus

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *