kucingpeak.transformed.jpg

Saharul resah 'buah hati' hidap penyakit berbahaya

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON, Saharul Ridzwan bersama kucingnya, Trex.

KUALA LUMPUR: Pelakon Saharul Ridzwan memberitahu hatinya kini Tak tenang selepas doktor mengesahkan ‘buah hatinya’ menghidapi penyakit berbahaya dan perlu mendapatkan rawatan rapi.

Katanya, sebaik saja doktor memaklumkan mengenai perkara itu, hatinya menjadi Tak tenteram dan diselubungi rasa sedih.

“Saya memang risau dan saya akui asyik teringatkan kucing kesayangan yang disahkan menghidapi penyakit serius akibat jangkitan kulat pada seluruh badan.

“Selepas selesai penggambaran pagi ini saya lihat kucing saya, Trex, lesu serta Tak bermaya dan seluruh badannya seperti ada bintik-bintik,” katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Kata Saharul, haiwan peliharaannya itu ketika ini berada dalam jagaan doktor.

Luah Saharul yang Akan menemui penonton menerusi drama Seindah Takdir Cinta pada Ramadan depan, mungkin ada pihak yang menganggapnya sebagai perkara remeh, namun Tak baginya yang mula risau berdepan kemungkinan kehilangan haiwan peliharaan kesayangannya itu.

Beliau yakin mereka yang mencintai kucing seperti dirinya faham situasi terbabit.

“Saya Tak malu untuk memohon semua peminat sama-sama doakan Trex pulih seperti sedia kala. Saya ada bertanya doktor dan berharap dia dapat lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan Trex,” kata pelakon yang mula menjadi tumpuan ramai selepas membintangi drama rantaian Hati Perempuan.

Hubungan Saharul dan kucing jantan kesayangannya itu sering dikongsi di laman Instagram milik beliau, termasuk mengakui penat lelah sebaik selesai penggambaran hilang sebaik memandang wajah Trex.

Saharul resah 'buah hati' hidap penyakit berbahaya

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *