03saif.transformed.jpg

Saif Ali sahkan Kareena Kapoor hamil

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Pasangan bintang Bollywood, Saif Ali Khan (kiri) dan Kareena Kapoor Khan.

MUMBAI: Pasangan bintang Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Khan Akan menimang cahaya mata pertama mereka akhir tahun ini.

“Saya dan isteri ingin mengumumkan bahawa kami akan mendapat anak pertama pada Disember ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas doa anda yang merestui dan menyokong kami serta pihak akhbar atas budi bicara dan kesabaran mereka,” kata Saif, 45, dalam satu kenyataan.

Gosip mengenai pasangan itu Akan menimang cahaya mata mula tersebar ketika Kareena, 35 dan Saif ke London baru-baru ini. Beberapa gambar beliau dengan perut semakin membesar turut disiarkan media.

Bagaimanapun, ketika media cuba mendapatkan penjelasan, Kareena menafikannya.

Saif, anak kepada Tiger Pataudi dan aktres veteran Sharmila Tagore, berkahwin dengan Kareena pada Oktober 2012 selepas bercinta selama lima tahun.

Saif sebelum ini berkahwin dengan pelakon Amrita Singh dan mempunyai dua orang anak, Sara dan Ibrahim. – Agensi

Saif Ali sahkan Kareena Kapoor hamil

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail