19sepadu1.transformed.jpg

'Saja-saja minum' air ketum

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MELAKA: Seorang pembantu kedai Santap memberi alasan ‘saja-saja minum’ dengan membawa sebotol air ketum bagi mengelakkan ditahan dalam Operasi Bersepadu di Jalan Syed Abd Aziz, di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 24 tahun itu yang ditahan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha LC kira-kira jam 11.30 malam dan hasil ujian air kencing, positif dadah.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri, A Reuben, berkata lelaki itu antara lima ditahan selepas empat daripadanya turut positif dadah jenis ganja dan Methamphetamine.

Katanya, hasil soal siasat mendapati, lelaki berkenaan mendapatkan bekalan daun ketum dari Kedah dan memprosesnya sendiri.

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pemeriksaan terhadap penungang motosikal yang ditahan pada Operasi Bersepadu di Jalan Syed Abd Aziz, Banda Hilir. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

“Lelaki itu dan dua lagi yang ditahan diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Dua lagi yang positif Methamphetamine pula disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Selain AADK, operasi tiga jam bermula jam 9 malam itu disertai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff, berkata 825 kenderaan diperiksa dan 82 saman dikeluarkan daripada 95 kesalahan lalu lintas.

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan raya dalam Operasi Bersepadu di Jalan Syed Abd Aziz, Banda Hilir. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

“Kita turut menahan seorang pelancong warga China berusia 24 tahun selepas Permit Memandu Antarabangsa (IDP) miliknya diragui.

“Ini kerana permit itu dikeluarkan di Bangladesh, bagaimanapun kita akan menyemaknya semula.

“Difahamkan, lelaki itu berada di negeri ini sejak awal bulan lalu untuk melancong dan mendakwa meminjam kenderaan daripada rakannya, warga tempatan, “katanya.

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan raya dalam Operasi Bersepadu di Jalan Syed Abd Aziz, Banda Hilir. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

'Saja-saja minum' air ketum

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *