lange.transformed.jpg

Sambungan Ombak Rindu dalam perancangan – Osman Ali

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MAYA Karin, Osman Ali dan Aaron Aziz.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem, Osman Ali, mengaku menyimpan impian untuk menghasilkan judul susulan bagi filem cinta popular, Ombak Rindu.

Ketika ditayangkan pada penghujung 2011, filem lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae yang diadaptasi daripada novel berjudul sama itu berjaya mencatat kutipan membanggakan melebihi RM10 juta.

Sutradara itu sendiri menyuarakan keinginan berkenaan menerusi laman sosial Facebooknya beberapa hari lalu, selepas menonton kembali filem arahannya di sebuah saluran televisyen.

Bagaimanapun kata Osman, hasrat menghasilkan kisah sambungan Hariz dan Izzah sedikit terbantut Bila timbulnya beberapa masalah dalaman, yang enggan didedahkannya kepada umum.

Beliau begitupun masih berharap supaya jalan penyelesaian terbaik masih dapat dicari bagi membolehkannya kembali berkarya mengarahkan judul sekuel itu.

“Jika masalah berbangkit itu Tak wujud, memang saya dan rakan kongsi sudah beriya-iya mahu menghasilkan kesinambungannya. Cuma setakat ini, ia terpaksa ditangguhkan dulu.

“Saya bagaimanapun Tak pernah putus berharap semoga ada jalan penyelesaiannya. Sejujurnya, saya teruja untuk menghasilkan sekuel Ombak Rindu,” katanya kepada BH Online.

Osman berkata, penulis novel berkenaan, Fauziah Ashari sejak awal tahun lagi sudah menghantar dua buku susulan kepadanya.

“Selepas membacanya pun, saya sendiri optimis untuk menghasilkan sekuel filem ini. Cerita ini ada hak cipta, jadi kalau hendak dihasilkan versi filemnya, memang kita kena ikut novel asal.

“Insya-Allah, ada rezeki, pasti saya akan kembali mengarahkan sekuel Ombak Rindu,” katanya.

Kata Osman lagi, dua tunggak utama filem terbabit, Aaron dan Maya, juga tiada masalah untuk melakonkan kembali watak pernah dibawakan mereka dulu.

“Gandingan semula mereka pastinya ditunggu-tunggu. Selepas filem terbabit, setahu saya mereka Tak pernah berlakon bersama lagi.

“Kalau gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol, daripada Kuch Kuch Hota Hai Sampai Dilwale, mencipta sensasi tersendiri, saya juga membayangkan senario sama jika Maya dan Aaron kembali untuk sekuel ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Osman kini menyiapkan filem terbaharu, Pinjamkan Hatiku, membabitkan pelakon Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Katanya, kini hanya tinggal babak di New Zealand lakonan Ayda dan Farid yang perlu disempurnakan. Penggambaran membabitkan mereka berdua akan disambung di negara kiwi itu selepas Aidilfitri nanti, selama seminggu.

Sambungan Ombak Rindu dalam perancangan – Osman Ali

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *