sambot16s01_1537107274.jpg

Sambutan Hari Malaysia kali ini berbeza – Dr Mahathir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA KINABALU: Walaupun negara sudah menyambut Hari Malaysia berulang kali, kali ini berbeza kerana buat pertama kalinya disambut dengan Kerajaan Persekutuan dipimpin gabungan parti politik berlainan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, ini berikutan kali ini kerajaan dipimpin Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN) atau sebelum itu Perikatan yang memerintah Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia sejak Merdeka iaitu selama 61 tahun.

Katanya, perubahan itu bukan sesuatu yang kecil kerana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), penganalisis dan pemerhati politik rata-rata mengatakan sukar bagi PH mengambil alih kerajaan, malah ada yang mengatakan mustahil.

“Alhamdulillah, PH berjaya walaupun Tak dijangka dan kejayaan ini Adalah kehendak rakyat. Ia Adalah sejenis kuasa rakyat iaitu barang siapa yang membelakangkan rakyat akan terima nasib sama. PH dan Parti Warisan Sabah harus memahami hakikat ini.

“Perubahan ini membawa kepada penggunaan slogan Malaysia Baharu secara meluas. Secara langsung harapan rakyat dan pemerintah berkait rapat, kita Tak mahu Tips pemerintahan kleptokrasi yang menolak demokrasi dan Tak berpandu kepada undang-undang.

“Antara perkara Utama yang kita mahu ubah bersama Adalah budaya rasuah yang begitu menular dalam kalangan pemimpin UMNO dan BN serta jentera kerajaan di bawah mereka,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia Ke-55 di Padang Merdeka, di sini, malam ini.

SAMBUTAN Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. – NSTP/Malai Rosmah Tuah

KUMPULAN tarian kebudayaan buat persembahan pembukaan pada sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. – NSTP/Edmund Samunting

Yang turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Dr Mahathir berkata, kepercayaan bahawa ‘Cash is King’ atau ‘Duit Adalah Raja’ di bawah kerajaan terdahulu jelas Tak benar dan perlu ditolak serta kembali semula kepada Bersih, Cekap dan Amanah.

Sambutan Hari Malaysia kali ini berbeza – Dr Mahathir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *