HQ141116FD014_cropped.transformed.jpg

'Sanusi sahabat setia'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia awal pagi tadi, disifatkan sebagai rakan dan pemimpin yang amat disegani dalam kalangan sahabatnya.

Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pemergian pemimpin itu Adalah kehilangan besar kepada negara.

DATUK Seri Ahmad Shabery Cheek. – Foto NSTP

“Saya amat terkejut ketika mendapat berita itu dan ia sememangnya kehilangan besar kepada semua.

“Allahyarham pernah menjadi menteri dan sumbangan beliau amat besar kepada kementerian ini,” katanya ketika ditemui di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, di sini.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata Sanusi dikenang sebagai sahabat dan pemimpin setia serta berpandangan jauh.

“Sanusi Adalah sahabat lama dan saya mengenalinya dengan begitu rapat. Allahyarham amat baik dan setia pada sahabatnya.

“Dalam prinsip kepemimpinan, Allahyarham amat yang berfikiran jauh, kaya dengan idea dan berpegang teguh pada pendiriannya.” katanya.

ANAK Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi ketika mengimamkan solat jenazah bapanya di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini. – Foto BERNAMA

Turut menziarahi jenazah ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sanusi meninggal dunia ketika menunggu untuk menunaikan solat Subuh, di rumahnya di Pantai Dalam.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 75 tahun dan meninggalkan seorang balu serta tujuh orang anak iaitu empat perempuan dan tiga lelaki.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara selepas solat Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 Sampai 1999.

'Sanusi sahabat setia'

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *