image28329.gif

Sara Zulkifli (Sarancak) kini bergelar isteri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Penyampai Hot FM, Sara Zulkilfli selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya hatinya, Hairul Nizam Sabtu lalu.

Sara atau turut dikenali dengan panggilan Sarancak ini berkongsi detik istimewa itu menerusi laman Instagram (IG) peribadinya dengan memuat naik gambarnya bersama suami.

“Alhamdulillah, on 24/2/2018, saya telah sah menjadi isteri to @hairul_nizam. I can’t say thank you enough tp those yang datang and tolong from the beginning! Thank you untuk korang yang mendoakan!” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Foto tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada para pengikut Sara yang turut meraikan kegembiraan tersebut.

Sara yang mengendalikan HotTV juga sering dikaitkan dengan trademark Pickup Line termasuk yang dilakukan bersama para pelakon Maze Runner sehingga menjadi viral baru-baru ini.

Tak hanya berbakat sebagai penyampai, Sara juga aktif teater dan kali terakhir muncul di pentas menerusi teater Polos, tahun lalu.

Sara Zulkifli (Sarancak) kini bergelar isteri

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *