berdoa.jpg

saya Memohon KemuliaanMu Yang Tak Pernah Habis

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

berdoa

saya Memohon KemuliaanMu Yang Tak Pernah Habis- Ibnu Abi ad-Dunya berkata :”Ada seorang sahabat Ansar yang biasa dipanggil dengan nama nama Abu Mughlaq. Ia Adalah seorang pedagang yang warak lagi alim. Beliau memakai modalnya sendiri untuk berdagang dipelbagai tempat untuk mencari rezeki..

Suatu hari seperti biasa beliau keluar berdagang. Akan Tetapi didalam perjalanan ia ditahan oleh seorang perompak yang mengancam untuk membunuhnya dengan parang seraya perompak berkata :”Serahkan semua yang kamu bawa ! saya ingin membunuhmu.”

Ia berkata :”Apakah kamu hanya menginginkan nyawaku atau hartaku? Tidakkah harta lebih penting bagimu?

Perompak menjawab :”Soal harta jelas ia akan menjadi milikku Tak ada lagi yang saya inginkan setelah itu selain membunuhmu.”

saya berkata :”Jika seperti itu mahumu, biarkanlah saya solat empat rakaat sebentar.”

Bentak perompak :”Cepatlah!”

Abu Mughlaq pun berwuduk dan mendirikan solat empat rakaat . Di akhir solatnya beliau berdoa dengan berkata :”Wahai Zat yang dicintai, Wahai Zat Pemilik ‘Arasy yang Agung, Wahai Zat yang melaksanakan apa yang diinginkan. saya memohon kepadaMu dengan kebesaran dan kemuliaanMu yang Tak pernah habis dan dengan KuasaMU yang Tak pernah kurang dan dengan cahayaMu yang memenuhi seluruh penjuru ArasyMu. Jagalah diriku daripada keburukan dan kejahatan perompak ini ! Tolonglah hambuMu ini Wahai Zat yang melapangkan kesusahan ! Tolonglah hambaMu ini ( ia mengulanginya sebanyak 3 kali ) . 

Tiba-tiba ada seorang penunggang kuda yang Tak dikenali berdiri dihadapannya dengan membawa sebatang tombak . Ketika itu juga, penunggang kuda itu menghampiri perompak dan terus menusuknya dengan tombaknya sehingga perompak itu wafat,meninggal. Setelah itu, penunggang kuda menghampiri pedagang itu seraya berkata :”Bangunlah”

Pedagang bertanya :”Siapakah kamu?

Lalu ia menjawab :”Saya Adalah malaikat penghuni langit keempat. Ketika kamu berdoa dengan doamu tadi saya memandang pintu langit bergetar. Kemudian saya mendengar doamu kali kedua penghuni langit huru-hara. Kemudian ketika saya mendengar doamu yang ketiga , dikatakan kepadaku :”Ini Adalah doa orang yang sedang berada didalam kesusahan. saya pun meminta kepada Allah SWT untuk menolongmu untuk membunuhnya.”

Kisah ini dipetik daripada “Kisah Motivasi Hidup Tenteram & Bahagia”

Terima Kasih membaca entry ini > saya Memohon KemuliaanMu Yang Tak Pernah Habis ini .
Daripada blogger ; http://mselim3.blogspot.my

Pls : Sunat berdoa diulang-ulang sebanyak 3 kali.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *