Untitled.jpg

“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad menjelaskan dia belum berhasrat untuk meninggalkan tugasnya sebagai hos program MeleTOP selepas ada ura-ura mengatakan tempatnya Akan digantikan oleh orang lain.

Nabil yang mengendalikan program itu bersama Neelofa sejak 2012 berkata, dia sendiri Tak tahu menahu mengenai gosip tersebut malah tiada sesiapa daripada pihak produksi memberitahu kontraknya Akan ditamatkan.

Ini kerana kata Nabil, kontraknya sebagai hos sehingga tahun 2019.

“Saya sendiri Tak tahu menahu… ini Adalah kali pertama saya mendengar mengenainya.

“Pihak produksi pun Tak pernah kata apa-apa dan sekiranya benar saya perlu mendengarnya daripada mereka.

“Apa-apa pun saya anggap ia sebagai gosip semata-mata kerana kontak saya pun masih ada sampai 2019,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia Tak merancang untuk meninggalkan MeleTOP seperti diperkatakan kerana menyukai tugasnya sebagai hos program itu.

“Saya sayangkan MeleTOP, saya sudah terlalu lama bersama semua yang terlibat untuk meninggalkan program itu begitu sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabil berkata, telefilem terbitan syarikat produksinya, Nabil Ahmad Production iaitu The Hantus Akan menemui penonton di Astro pada Aidilfitri nanti.

Selain itu, Nabil berkata, dia juga Akan muncul dalam beberapa program raya termasuk MeleTOP Raya dan Gegar Vaganza Raya.

“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *