SALMA_AJL_32_52524401.jpg.transformed.jpg

Saya tetap sayangkan dia – Salma

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: “Perasaan sayang saya terhadapnya Tak pernah luntur. Dia suami saya, sudah pasti saya sayangkannya,” kata penyanyi, Salma Asis, 27, mengulas keputusan mahkamah terhadap suaminya, Muhammad Azri Abdullah, hari ini.

Meskipun berat terpaksa berpisah 14 hari, pemenang 3 Juara itu berkata, dia dan keluarganya reda menerima keputusan itu, selain berharap orang luar Tak Menciptakan spekulasi kerana hanya mereka yang tahu perkara sebenar.

“Mungkin ini ujian Allah dan orang luar Tak sepatutnya Menciptakan andaian negatif kerana mereka Tak tahu perkara sebenar. Saya kenal siapa suami dan tahu bagaimana sikapnya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami,” katanya.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM5,000 terhadap Azri selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Azri menukar pengakuan bersalah semalam, pada hari pertama perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung.

Mahkamah memerintahkan Azri yang juga bintang Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan lagi, jika gagal membayar denda.

PENYANYI, Salma. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Salma berkata, suaminya turut berpesan supaya mereka sekeluarga menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersabar.

“Dia minta saya jaga anak dengan baik dan menguruskan segala keperluan mereka. Cuma tadi, saya hiba Bila memandang anak (mangsa) menangis. Dia memberitahu, mahukan papa.

“Keluarga juga faham dan meminta saya bersabar. Saya terima ujian ini kerana percaya, ada hikmah di sebaliknya. Saya Tak mahu bercerita lebih, bimbang nanti orang berfikir yang bukan-bukan,” katanya.

Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 11 tahun itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, jam 8 pagi pada 5 Mei 2016.

Pasangan penyanyi itu mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Salma sebelum ini, turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan pertamanya.

Saya tetap sayangkan dia – Salma

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *