WhatsApp_Image_2017-10-13_at_11.56.09_AM.jpeg.transformed.jpg

SC lancar InvestSmart Fest 2017

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KHAIRY (tengah) bersama Ranjit (dua dari kanan) merasmikan InvestSmart Fest 2017 di KLCC. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan InvestSmart Fest 2017.

Perasmian acara tahunan mengenai celik kewangan dan pelaburan itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di sini, sebentar tadi.

InvestSmart Fest berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bertemakan “Invest For Your Future”, sejajar dengan usaha SC menggalakkan penabungan dan pelaburan jangka panjang serta perancangan persaraan.

Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, InvestSmart Fest Adalah untuk memperkasa pengguna dengan celik kewangan dan pelaburan bagi melindungi dan persediaan menghadapi situasi Tak dijangka serta memastikan kestabilan kewangan.

“Dengan meningkatnya kecanggihan pasaran modal, maka bertambah juga keputusan kewangan dan pelaburan yang perlu dibuat oleh pengguna.

“Jangka hayat yang lebih panjang juga bermakna wujud keperluan untuk memastikan tabungan terkumpul mencukupi bagi menampung tempoh persaraan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran InvestSmart Fest 2017.

Sejak pelancaran InvestSmart Fest pada 2014, SC berjaya menjangkau lebih sejuta rakyat Malaysia menerusi seminar, jerayawara dan sesi pembabitan bersama pemimpin komuniti di seluruh negara.

SC lancar InvestSmart Fest 2017

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *