sabriarshad1.transformed.jpg

Sediakan almari, rak simpan buku: KGMMB

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JERANTUT: Penyediaan almari atau rak menyimpan buku kerja dan latihan di sekolah dapat menangani isu beg berat murid sekolah.

Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata Kementerian Pendidikan boleh mencadangkan pihak sekolah menyediakan rak atau almari di setiap kelas untuk menyimpan buku kerja dan buku latihan supaya murid Tak bawa beg berat ke sekolah.

PRESIDEN KGMMB, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

“Pihak sekolah juga boleh dengan membeli rak atau almari yang berkunci melalui dana Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) untuk menyimpan buku kerja dan latihan dan hanya membawa balik buku yang diperlukan untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi.  

“Isu ini amat ketara berlaku di sekolah rendah kerana kanak-kanak usia muda ini masih Tak menghiraukan jadual yang diberikan, mereka memikirkan lebih selamat membawa semua buku dan sekiranya guru mahu buku tertentu yang dikehendaki, sudah pasti semua ada di dalam beg,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Seorang bapa kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Gelanggi 2, di sini, Haris Siron, 52, berkata isu beg berat sudah lama dibincangkan oleh ibu bapa terutama yang bersekolah rendah, tetapi masih Tak selesai kerana  tiada pendekatan yang betul sesuai untuk mengatasi isu itu. 

PENYEDIAAN almari atau rak menyimpan buku kerja dan latihan di sekolah dapat menangani isu beg berat murid sekolah. – Foto Nor Amalina Alias

“Saya maklum pihak sekolah memberi jadual kepada murid mereka, Akan Tetapi kanak-kanak usia muda masih Tak mengikut makluman yang Di Katakan oleh guru mereka. 

“Saya dimaklumkan sebagai contoh subjek Bahasa Melayu, selain buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan, terdapat buku latihan dan buku tulis berdasarkan bidang tertentu dalam subjek ini sahaja, belum subjek lain, “katanya.

Sediakan almari, rak simpan buku: KGMMB

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *