nizen_1534012308.jpg

Sedih dengan kehilangan penggiat seni

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SUDAH tertulis hidup lawannya wafat,meninggal. Cik Pang percaya ramai masih terasa kehilangan personaliti TV terkenal, Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia pada 3 Ogos lalu.

Kemudian, kita kehilangan pembaca berita Ishak Nengah, pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob dan presiden Papita, Datuk M Daud Wahid.

Ketiga-tiganya meninggal pada Isnin lalu dan pemergian mereka turut mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun Cik Pang sangat tersentuh dengan pemergian Nizen, pelakon muda baru berusia 33 tahun yang dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang selepas mengalami demam denggi.

Bukan apa, sebelum ini Nizen pernah mendedahkan melalui laman sosial bahawa dirinya disihir pihak tertentu awal tahun ini.

Cik Pang Tak mahulah terlalu percaya Akan Tetapi tak mustahil punca kematiannya berkait rapat dengan ilmu hitam yang dihantar oleh pihak tertentu.

Cuma kita sebenarnya tiada bukti saintifik untuk membuktikan dakwaan ini dan lebih berpandukan kenyataan doktor.

Namun jika benar Nizen disihir, Cik Pang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tak bertamadun ini.

Yelah, zaman semakin maju tetapi masih ada insan yang berhati busuk menganiaya orang dengan Tips ini.

Kalau tak silap Cik Pang, kematian bekas penyampai radio Hot FM Terengganu, Rafly Rahamat beberapa bulan lalu juga dikaitkan dengan ilmu sihir. Wallahuaklam.

Di kesempatan ini Cik Pang nak ajak semua karyawan seni agar sentiasa berhati-hati dengan gerak langkah dalam kerjaya masing-masing.

Ada baiknya kita amalkan membaca ayat suci al-Quran sebagai pendinding diri daripada serangan ilmu hitam yang dilaknat Allah. Moga kita terpelihara daripada sikap hasad dengki manusia.

Sedih dengan kehilangan penggiat seni

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *