29zurin.transformed.jpg

Sekolah nafi lepas tangan kes potong lidah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Zainuren Mohd Nor. – Foto Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM: Pengurusan sebuah sekolah di Klang menafikan dakwaan pihaknya bersikap lepas tangan dengan Tak membawa murid Tahun 2 yang mendakwa dipaksa memotong lidah sendiri ke hospital secepat mungkin.

Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata perkara itu dimaklumkan pengurusan sekolah menerusi laporan yang dihantar kepadanya.

Berdasarkan siasatan sekolah, katanya, pengurusan sekolah terus menghubungi ibu bapa mangsa sejurus kejadian.

“Sekolah mendakwa kejadian berlaku dalam kelas dan bukan di tandas.

“Ketika kejadian, seorang guru berada dalam kelas terbabit tetapi memberi perhatian kepada kumpulan pelajar lain,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Zainuren berkata, pihaknya menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Khamis lalu, murid Tahun Dua sebuah sekolah di Klang, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidah sendiri oleh sekumpulan murid lain.

Sekolah nafi lepas tangan kes potong lidah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *