image.jpeg

Selagi Najib ada, Umno semakin lemah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

 Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Sebagai seorang wakil rakyat di Dun Ayer Hitam, Mukhriz menegaskan untuk Tak berhenti dari  bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini

“Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah kita juga Tak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, krisis Menteri Besar Kedah menemui jalan penamat Bila Mukhriz mengumumkan beliau berundur dari jawatan tersebut.

Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi sidang media sama pagi tadi.

Mukhriz yang masih kekal sebagai Pengerusi Umno Kedah buat masa ini bagaimanapun enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan dilaksanakan, sebaliknya meminta rakyat tunggu dan lihat.

Tambah Muhkriz lagi, walaupun Umno mempunyai keahlian lebih tiga juta orang namun, dakwanya sesebuah parti Tak relevan hanya dengan jumlah keahlian sekiranya mereka Tak diberi ruang untuk bersuara.

“Akan Tetapi baru-baru ini kita lihat di Perhimpunan Agung Umno, hanya seorang pemimpin yang dibenarkan bercakap iaitu presiden,” katanya.

“Malah ada sedikit amalan kebudak-budakkan Bila dalam mukadimah pun Tak boleh sebut nama tetamu yang hadir termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sampai macam itu sekali disekat.

“Semua perbahasan pun Tak diberi secara langsung seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Makcik-makcik yang datang dari seluruh negara yang duduk di luar begitu komited kepada parti, hampa kerana Tak mendengar perbahasan itu secara langsung,” katanya.

Selagi Najib ada, Umno semakin lemah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *