untitled3.png

Selena Gomez terkejut berita pertunangan Justin Bieber

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI Selena Gomez dilaporkan terkejut dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya, Justin Bieber dengan Hailey Baldwin pada 7 Julai lalu.

Selena bagaimanapun Tak terkesan dengan berita itu kerana tahu Justin mampu melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.

“Selena terkejut hanya kerana pertunangan mereka berlaku secepat itu tetapi sudah dapat menjangkakan Justin akan berbuat demikian tanpa berfikir panjang.

“Dia lebih mengenali Justin berbanding orang lain… Jadi dia Tak berasa hairan dan Tak peduli,” kata sumber rapat penyanyi itu seperti dilaporkan E!

Justin, 24, dilaporkan melamar Hailey, 21, ketika mereka sedang bercuti di Bahamas.

Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu Selena Tak mempunyai sebarang sebab untuk berasa sedih walaupun hubungan mereka agak rumit sehingga banyak kali berpisah dan kembali bercinta.
Selena sudah cuba memperbaiki hubungan mereka sebelum ini namun ia Tak berhasil dan dia sudah pun meneruskan kehidupannya.

“Selena berada di tempat yang paling baik sekarang… Fokusnya sekarang Adalah dirinya dan cinta Tak lagi menjadi perhatiannya,” kata sumber itu lagi.

Selena Gomez terkejut berita pertunangan Justin Bieber

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *