capture-20180717-113350.png

Selepas 66 Tahun, Great Britain Akhirnya Nobat Ratu Cantik Kulit Hitam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Dinobatkan sebagai ratu cantik Great Britain (Miss Universe Great Britain), Dee-Ann Kentish-Rogers sekaligus mencatat sejarah menjadi wanita kulit hitam pertama yang memakai tiara Miss Universe Great Britain semenjak pertandingan itu diperkenalkan pada tahun 1952.

Berusia 25 tahun, Dee-Ann yang berasal dari Anguilla iaitu kepulauan jajahan British berjaya melunaskan impian dan mengetepikan peserta dari negara besar England, Scotland dan Wales.

..

Kemenangan ini telah memberi satu tanggungjawab kepada Dee-Ann untuk membawa nama Great Britain ke pentas Miss Universe peringkat dunia.

Dee-Ann percaya program sebegini dapat mewar-warkan kepada masyarakat luar tentang Anguilla iaitu sebagai mempromosikan pelancongan Nusa kecil itu.

Malah dia juga berpendapat Britain Adalah sebuah negara mempunyai masyarakat majmuk, jadi dipentas sebeginilah untuk melibatkan gadis dari kulit hitam dan semua etnik. Miss Universe Adalah tempat untuk semua wanita Tak kepada hanya satu sahaja.

Bukan saja memiliki rupa paras cantik-esotik, Dee-Ann juga mempunyai kelulusan ijazah dari Universiti Birmingham dan Adalah atlet yang pernah bertanding dalam acara Sukan Komanwel sebanyak dua kali.

Selepas 66 Tahun, Great Britain Akhirnya Nobat Ratu Cantik Kulit Hitam

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *